Pembangunan F404 General_Electric_F404

GE membangunkan enjin F404 untuk F/A-18 Hornet, tidak lama selepas kalah dalam pertandingan untuk membekalkan enjin untuk pesawat F-15 Eagle kepada Pratt & Whitney, dan juga enjin untuk Pesawat Pejuang Ringan YF-16. Untuk pesawat F/A-18, GE mengambil asas enjin F404 daripada enjin YJ101 yang dibangunkan untuk pesawat Northrop YF-17, membesarkan nisbah pintasan daripada 0.25 kepada 0.4 untuk membolehkan penjimatan minyak yang lebih besar. Pihak Tentera Laut A.S telah memperincikan keperluan-keperluan berikut:

  1. Keboleh-kendalian
  2. Keboleh-percayaan dan keboleh-selengaraan
  3. Kos
  4. Keupayaan
  5. Berat

GE juga menganalisa "profil pendikit" dan mendapati juruterbang telah mengubah seting pendikit jauh lebih kerap daripada jangkaan jurutera; meletakan beban yang tidak sepatutnya pada enjin. GE juga telah diminta untuk mengelakkan pemampat memegun dan kegagalan enjin yang lain, dan dapat bertindak balas dengan pantas untuk mengawal input; rungutan biasa daripada juruterbang pesawt berkipas ke pesawat jet adalah enjin turbonjet awal tidak bertindak balas dengan input perubahan tujahan. Eksekutif GE, Frederick A. Larson dan Paul Setts, telah menetapkan sasaran yang mana enjin baru ini harus lebih kecil daripada enjin J79 untuk pesawat F-4, tetapi memberi lebih tujahan, dan berharga separuh dari enjin Pratt & Witney untuk pesawat F-16.[1]

Disebabkan oleh reka bentuk kipas untuk melicinkan kemasukan udara sebelum ia memasuki pemampat, enjin F404 mempunyai rintangan tinggi terhadap pemampat memegun, walaupun pada sudut serangan yang tinggi. Ia memerlukan kurang daripada 2 pemeriksaan di bengkel bagi setiap 1,000 jam penerbangan dan secara purata 6,500 jam di antara penerbangan. Ia juga mempamerkan tindak balas tinggi dalam mengawal input, menspol daripada keadaan pegun ke keadaan lepas-bakar penuh dalam masa 4 saat. Enjin ini mengandungi sistem pengawasan enjin semasa penerbangan (IECMS) yang akan mengawasi kegagalan kritikal dan menjejak hayat komponen.[2]

GE telah membangunkan enjin F110 untuk Tentera Udara A.S sebagai pilihan untuk enjin Pratt & Whitney F100 yang telah digunakan untuk pesawat F-16 dan F-15 berasaskan enjin F101 yang menggunakan teknologi F404. GE membangunkan enjin F404-GE-402 untuk memberi lebih kuasa untuk model eksport F/A-18 ke Switzerland. Kuwait kemudian bersetuju untuk menggunakan enjin ini untuk pesawat F/A-18 mereka, dan seterusnya oleh A.S untuk model terakhir pesawat F/A-18C/D.[2]